JUMLAH kematian akibat kebakaran hutan di beberapa lokasi di Greece meragut 50 nyawa setakat ini dengan pegawai Palang Merah hari ini melaporkan penemuan 26 mayat di sebuah pusat peranginan tepi pantai.
Sebelum ini, pihak berkuasa mengumumkan 24 kematian dan lebih 150 mangsa cedera akibat kebakaran hutan di sekitar wilayah Athens, sebelum menemui 26 mangsa maut di kawasan pinggir pantai Mati. – AFP, 24 Julai, 2018.
Komen