DASAR Ekonomi Baru (DEB) sedang dikaji semula supaya ia lebih berdasarkan merit, menutamakan Bumiputera di Sabah dan Sarawak termasuk masyarakat India dan Cina yang terpinggir, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.
Dasar tindakan afirmatif itu akan diberi nafas baru, yang merangkumi kaum lain, Azmin memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini.
“Kita nak pastikan Bumiputera mendapat hak mereka, tetapi kita juga perlu adil kepada semua rakyat Malaysia. Terdapat keperluan bagi masyarakat India di kawasan ladang dan luar bandar.
“Peniaga Cina juga perlu diberi perhatian, bantuan dan sokongan dari kerajaan. Tetapi, Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak lebih memerlukan perhatian serius.
“Sebab itulah kita mahu agihan ekonomi adil kepada semua rakyat Malaysia,” tambah Azmin.
Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula Rancangan Malaysia ke-11 yang akan merangkumi sasaran yang terkandung dalam manifesto gabungan itu. – 24 Julai, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen