DUA petinju Britain ditahan di penjara Sepanyol selepas didakwa merogol seorang wanita di sebuah pusat peranginan di Ibiza, kata polis pada Isnin.
Paul dan Sonny Upton, masing-masing berusia 30 dan 29, bersama dua lagi lelaki ditahan minggu lalu selepas seorang pelancong dari Britain menuduh mereka merogolnya di San Antonio, kata jurucakap polis.
Mereka bertemu wanita terbabit di sebuah bar pada malam Selasa lalu, wanita terbabit berasa tidak sihat dan dia “mendakwa mengambil pil yang diberikan oleh kumpulan lelaki berkenaan kepadanya,” katanya.
Mereka didakwa merogol wanita terbabit di hotel tempat mereka menginap selepas itu.
Dua daripada lelaki terbabit dibebaskan manakala adik beradik Upton masih ditahan selepas disoal siasat oleh polis yang menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
Dua beradik terbabit adalah di bawah sebuah syarikat pengurusan petinju MTK Global.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata, ia sedia maklum berhubung dakwaan yang dibuat di Ibiza terhadap dua petinju yang diwakilinya dan akan mengambil serius perkara itu.”
“Bagaimanapun kami tidak boleh mengulas lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan polis dan fakta insiden berkenaan masih belum jelas.” – AFP, 23 Julai, 2018.
Komen