Pengguna 4G  di China lebih 1 bilion


China mempunyai rangkaian 4G terbesar di dunia dan terus berusaha untuk berkembang, dengan matlamat menambah 450,000 stesen pangkalan 4G baharu tahun ini, untuk meningkatkan kawasan liputan dalam bangunan, lif, dan ruang dalaman lain, termasuk di stesen kereta api serta lebuh raya. – Gambar fail EPA, 23 Julai, 2018.

JUMLAH pengguna internet mudah alih generasi keempat (4G) di China kini melebihi 1.1 bilion, menurut laporan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat. 

Pengguna termasuk pelanggan 3G dan 4G mencapai 1.26 bilion menjelang akhir Jun tahun ini, merangkumi 83.2 peratus jumlah keseluruhan akaun telefon bimbit di negara itu, lapor Xinhua. 

Pengguna telefon mudah alih untuk tiga penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara, mencecah 1.51 bilion menjelang akhir Jun, naik 10.6 peratus tahun ke tahun.

Pada separuh pertama tahun ini menyaksikan pertambahan sebanyak 92.29 juta pengguna, berikutan keberkesanan dasar internet mudah alih.

Pada tempoh itu juga, sektor telekomunikasi menjana pendapatan sebanyak 672 bilion yuan (AS$99.44 bilion), naik 4.1 peratus tahun ke tahun.

China mempunyai rangkaian 4G terbesar di dunia dan terus berusaha untuk berkembang, dengan matlamat menambah 450,000 stesen pangkalan 4G baharu tahun ini, untuk meningkatkan kawasan liputan dalam bangunan, lif, dan ruang dalaman lain, termasuk di stesen kereta api serta lebuh raya. – Bernama, 23 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen