Polis Indonesia buru banduan lari dari penjara 


Anggota pihak berkuasa Indonesia meningkatkan kawalan di luar kawasan penjara berikutan tindakan banduan meloloskan diri dari tahanan. – Gambar EPA, 23 Julai, 2018.

PIHAK berkuasa Indonesia menjalankan operasi memburu banduan yang melarikan diri selepas memotong jeriji besi tingkap pengudaraan, kata polis pada Isnin.

Enam banduan berjaya ditahan serta merta dalam cubaan melarikan diri manakala 25 orang banduan lagi meloloskan diri dari penjara Doyo, sebuah pusat tahanan pesalah dadah di wilayah Papua, kata pihak berkuasa.

“Kita telah mengerahkan pegawai untuk memburu mereka, mengawasi sempadan, pelabuhan dan lapangan terbang serta meningkatkan kawalan keselamatan di penjara berkenaan,” kata ketua polis Jayapura, Victor Dean Mackbon.

Banduan melarikan diri dari penjara bukan perkara luar biasa di Indonesia.

Pada Mei tahun lalu, lebih 200 banduan melarikan diri beramai-ramai dari penjara yang sesak di Sumatera. Sebulan selepas itu, empat banduan warga asing mengorek terowong sebelum melarikan diri dari penjara  di kepulauan Bali.

Polis bagaimanapun berjaya menangkap semula banduan warga asing terbabit beberapa hari kemudian di Timur Timor, namun salah seorang daripada mereka yang merupakan warga Australia masih bebas. – AFP, 23 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen