Insiden tembakan rambang Toronto, 2 maut termasuk penembak


DUA termasuk penembak maut dan 13 lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di Toronto, semalam, di kawasan kejiranan yang padat di Greektown.

“Seorang wanita maut. Seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan kritikal,” kata polis Toronto menerusi Twitter, menambah terdapat 14 mangsa yang terkena tembakan itu.

Polis berkata suspek juga meninggal dunia, kata The Toronto Star memetik Ketua Polis Mark Saunders sebagai berkata berlaku insiden berbalas tembakan.

Suspek dipercayai melepaskan tembakan ke arah polis sebelum membunuh dirinya, kata Global News memetik sumber polis.

Pegawai polis, sebahagiannya membawa senapang, mengawal jalan utama Greektown iaitu Danforth, selepas menerima panggilan sekitar jam 10 malam waktu tempatan.

Saksi berkata mereka mendengar 20 das tembakan dan bunyi peluru dimasukkan ke dalam senapang beberapa kali. – AFP, 23 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen