PIHAK berkuasa Thailand sedang memburu seekor buaya yang kelihatan di tepi pantai di kepulangan pelancongan Phuket.
Reptilia itu pada mulanya dilihat berhampiran pantai Rawai kira-kira seminggu lalu dan kemudian muncul semula di beberapa lokasi berhampiran Laut Andaman.
Sekumpulan pemburu turut serta menambah jumlah pasukan yang cuba memburunya.
Datuk Bandar Karon iaitu bandar di pantai barat Phuket, Thawee Thongcha berkata mereka hampir berjaya menangkapnya ketika di Karon, tetapi haiwan itu terlepas dan masuk semula ke lautan.
“Kami tidak tahu dari mana ia datang.”
Pantai indah Thailand menarik kedatangan jutaan pelancong setiap tahun dan Phuket di tenggara negara itu antara destinasi popular.
Thawee berkata keadaan laut yang keruh kerana monsun juga menghalang bot nelayan menggunakan jaring untuk menangkap haiwan itu, yang dikatakan sepanjang 2meter.
Buaya Siam itu sebelum ini biasa ditemui di seluruh Asia Tenggara tetapi pada masa ini ia disenaraikan sebagai mengalami kepupusan.
Thon Thamrongnawasawat, seorang pakar biologi marin berkata kehadiran buaya di Phuket bermakna ia versi air masin hibrid daripada spesies yang diternak di ladang, dan ia bukan kali pertama dapat dilihat.
“Buaya biasanya tidak hidup di laut lepas,” katanya.
Jumlah buaya di Thailand dan Asia Tenggara secara amnya semakin berkurangan kerana kehilangan habitat, pemburuan komersial dan tangkapan untuk diletakkan di ladang buaya.
Kaki seorang pelancong Perancis digigit buaya di taman negara Thailand pada Januari lalu ketika mangsa cuba mendekati haiwan itu untuk mengambil gambar selfie.
Pada 2014 seorang wanita Thailand membunuh diri dengan melompat ke kolam buaya di sebuah ladang buaya yang popular di pinggir Bangkok. – AFP, 23 Julai, 2018.
Komen