Saifuddin kunjung hormat presiden Indonesia


Menteri Luar Saifuddin Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Bogor di Jakarta, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2018.

MENTERI Luar Saifuddin Abdullah hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Bogor di Jakarta.

Saifuddin dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Indonesia bermula Sabtu lepas.

Ia merupakan lawatan kerjanya yang pertama selepas mengangkat sumpah sebagai menteri luar pada 2 Julai lepas.

Lawatan itu susulan kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad pada 28 Jun lepas, dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara, selepas Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan. – Bernama, 23 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen