PRESIDEN Iran Hassan Rouhani memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak mencari pasal dengan negara itu, menegaskan bahawa sebarang konflik dengan Iran akan jadi “ibu segala peperangan”.
Mengulas kenyataan rakan sejawatannya dari AS Donald Trump, Rouhani berkata: “Anda mengisytiharkan perang dan kemudian anda bercakap tentang ingin menyokong rakyat Iran.
“Anda tidak boleh memprovokasi rakyat Iran untuk bertindak mengancam keselamatan dan kepentingan mereka,” katanya di perhimpunan diplomat Iran di Tehran.
Rouhani mengulangi amarannya bahawa Iran boleh menutup selat strategik Hormuz, laluan perkapalan penting untuk bekalan minyak antarabangsa.
“Berdamai dengan Iran akan menjadi ibu semua keamanan, sementara peperangan dengan Iran akan menjadi ibu semua peperangan.”
AS sedang berusaha untuk meningkatkan sekatan ekonomi terhadap Iran dan meninggalkan perjanjian nuklear 2015.– AFP, 22 Julai, 2018.
Komen