SYARIKAT penerbangan Arab Saudi berkata larangan membawa komputer riba dan “tablet” dalam penerbangan ke Amerika Syarikat sudah dibatalkan hari ini.
Pihak berkuasa penerbangan negara itu mengatakan yang larangan itu dibatalkan selepas pasukan pemeriksaan keselamatan AS memeriksa aspek keselamatan di lapangan terbang di Riyadh dan Jeddah.
Mac lalu Washington mengharamkan semua alat elektronik lebih besar daripada telefon bimbit tidak boleh dibawa masuk ke dalam penerbangan terus ke AS daripada 10 lapangan terbang di Turki, Timur Tengah dan Afrika Utara, hanya membenarkan alat eletronik di letakkan dalam simpanan bagasi.
Larangan itu dikenakan selepas maklumat perisikan mendapati wujud cubaan militan Kumpulan Islam Syria dan Iraq (IS) untuk mengeluarkan bom yang boleh disembunyikan dalam alat elektronik.
Washington berkata ia akan menarik balik larangan itu sekiranya syarikat penerbangan melaksanakan aspek keselamatan terbaru.
Saudia, yang juga dikenali sebagai Saudi Arabian Airlines ialah syarikat terakhir yang menerima penarikan larangan itu. – AFP, 19 Julai, 2017.
Komen