Jeneral tentera Thailand didapati bersalah seludup manusia


Leftenan Jeneral Manas Kongpan (tengah) didapati bersalah kerana menggunakan jawatan dan menerima rasuah dalam kes penyeludupan manusia di selatan Thailand untuk ke Malaysia dan Indonesia. – Gambar AFP, 19 Julai, 2017.

SEORANG jeneral Thailand didapati bersalah kerana penyeludupan manusia hari ini ketika mahkamah Bangkok menyabitkan kesalahan kepada ratusan orang lagi dalam perbicaran besar-besaran yang mendedahkan peranan pegawai yang korup dalam perdagangan manusia melibatkan pendatang Bangladesh dan Rohingya.

Junta Thailand melancarkan operasi besar-besaran bermula Mei lalu ke atas rangkaian penyeludupan pendatang menerusi kawasan selatan Thailand ke Malaysia, ada yang menahan pendatang untuk wanag tebusan dalam kem dalam hutan.

Krisis berlaku di seluruh Asia Tenggara apabila penyeludup meninggalkan mangsa penyeludupan di kem hutan di mana ratusan terbunuh kerana kebuluran dan malaria, serta bot yang lebih penumpang dibiarkan terumbang ambing di perairan antara Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Sehari selepas mengeluarkan penghakiman ke atas 102 defendan, Mahkamah Jenayah Bangkok mendapati Leftenan Jeneral Manas Kongpan bersalah atas pelbagai dakwaan penyeludupan manusia.

Seorang hakim berkata jeneral itu juga bersalah kerana bersubahat dalam jaringan “jenayah terancang rentas sempadan” dan “bekerjasama dengan yang lain untuk menguruskan penyeludupan manusia”.

Penghakiman itu ialah sabitan yang jarang dilakukan kepada seorang pegawai kanan tentera di Thailand yang diperintah junta.

Manas, pegawai paling kanan dalam perbicaraan itu ialah pegawai tinggi yang mengawal keselamatan di selatan Thailand- zon transit utama kepada jaringan penyeludupan yang bermula di Myanmar sehingga Malaysia.

Mahkamah ditunjukkan bukti yang dia menerima perpindahan wang menerusi bank daripada ejen penyeludupan bernilai 14.8 juta baht (AS$440,000).

Tetapi siasatan polis juga mendapati dia menggunakan kedudukannya untuk memberikan panduan kepada kumpulan penyeludup melepasi pusat pemeriksaan selepas mereka sampai di pantai terpencil dan menuju ke kem dalam hutan.

Sebelum operasi besar-besaran itu, kumpulan hak asasi sudah lama mendakwa pegawai mengabaikan dan terlibat dalam perdagangan manusia di selatan Thailand.

Perbicaraan itu mendedahkan bagaimana anggota tentera, polis, ahli politik tempatan dan gangster tempatan bertindak sebagai penyeludup, ejen dan penghubung yang memeras wang daripada pendatang yang kebanyakkan berasal dari kawasan paling miskin di Asia.

Ratusan ribu orang Islam Rohingya yang tiada kewarganegaraan melarikan diri daripada Myanmar sejak keganasan agama tercetus pada 2012.

Mereka disertai pendatang ekonomi Bangladesh dalam bot merentasi Laut Andaman untuk ke Malaysia dan Indonesia.

Ribuan dipercayai terbunuh di laut, dan kebanjiran pendatang itu meraih tumpuan dunia sehinggalah operasi besar-besaran membasmi penyeludupan dimulakan pada 2015. – AFP, 19 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen