Israel pindahkan 800 orang White Helmets Syria ke Jordan


Diasaskan pada 2013, pasukan Pertahanan Awam Syria atau dikenali dunia sebagai White Helmets adalah jaringan penyelamat kecemasan yang membantu mangsa yang cedera dalam serangan udara, letupan atau pertempuran dalam kawasan yang ditakluk puak pemberontak. – Gambar EPA, 22 Julai, 2018.

ISRAEL memindahkan 800 penyelamat White Helmets dan keluarga mereka dari Syria ke Jordan semalam atas permintaan Amerika Syarikat dan negara Eropah, lapor radio tentera pada Ahad.

Permintaan itu berlaku ketika penyelamat sukarela itu terancam dengan pasukan tentera Syria yang sedang bergerak memasuki kawasan selatan negara yang berperang itu.

Jordan berkata ia akan memindahkan mereka ke Britain, Kanada dan Jerman.

Diasaskan pada 2013, pasukan Pertahanan Awam Syria atau dikenali dunia sebagai White Helmets adalah jaringan penyelamat kecemasan yang membantu mangsa yang cedera dalam serangan udara, letupan atau pertempuran dalam kawasan yang ditakluk puak pemberontak.

“Susulan arahan kerajaan Israel dan permintaaan Amerika Syarikat dan negara Eropah, IDF baru sahaja menyempurnakan misi menyelamat ahli pasukan pertahanan awam Syria dan keluarga mereka,” kata Pasukan Tentera Israel (IDF).

“Orang awam itu diselamatkan dari zon perang di selatan Syria kerana ancaman ke atas nyawa mereka,” kata IDF menerusi akaun Twitternya, menyifatkan usaha itu sebagai “langkah kemanusiaan luar biasa”.

“Orang awam itu seterusnya dipindahkan ke negara jiran,” katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

“Israel terus berpegang kepada dasar tidak masuk campur berkaitan konflik Syria dan terus meletakkan kebertanggungjawab ke atas rejim Syria atas apa yang berlaku di jajahan Syria.”

Israel menghantar bantuan perubatan kepada orang awam yang melarikan diri daripada pertempuran di Bukit Golan yang dikawal Syria.

Israel merampas kawasan seluas 460 kaki persegi di kawasan Golan dari Syria pada Perang Enam Hari 1967 dan menakluknya, tindakan yang sehingga sekarang tidak diiktiraf dunia. – AFP, 22 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen