Di AS, seorang mati ditembak, beberapa orang jadi tebusan


Suspek menembak neneknya dan seorang wanita sebelum mengurungkan diri dalam sebuah pasar raya dan menjadikan beberapa orang tebusan. Seorang wanita mati ditembak. – Gambar AFP, 22 Julai, 2018.

SEORANG suspek bersenjata yang didakwa menembak neneknya dan seorang lagi mangsa dan mengurungkan dirinya di sebuah pasar raya sebelum menembak mati seorang wanita di Los Angeles, AS pada Ahad berjaya ditangkap, kata polis.

“Seorang suspek lelaki…yang terlibat dalam pergaduhan keluarga menyebabkan beliau menembak neneknya dan seorang wanita di tempat kejadian,” kata polis Barry Montgomery kepada wartawan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan kereta neneknya membawa bersama seorang wanita,” dan akhirnya memasuki pasar raya Trader Joe susulan tembak menembak dengan polis, katanya.

Datuk Bandar Eric Garcetti berkata seorang wanita ditembak mati dalam pasar raya itu dan diisytiharkan mati di tempat kejadian.

“Saya dengan berat hati memaklumkan yang terdapat satu kematian, seorang wanita,” kata Garcetti tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Suspek mengurung dirinya dalam pasar raya  itu menjadikan beberapa orang lain tebusan, tetapi berjaya ditangkap “tanpa kejadian buruk,” menurut polis.

“Kami berjaya menangkap suspek tanpa kejadian buruk. Anggota polis kini sedang mengawal tempat kejadian,” kata Jabatan Polis Los Angeles menerusi akaun Twitternya. – AFP, 22 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen