DUA kapal milik sebuah NGO Sepanyol yang terlibat dalam operasi menyelamat pendatang di Mediterranean tiba di pelabuhan Palma, Sepanyol pada Sabtu, membawa seorang wanita yang ditemui hanyut di Libya serta mayat seorang lelaki dan seorang wanita lain.
Dua kapal Proactiva Open Arms diiringi ke pelabuhan ibu kota pulau Balearic Majorca oleh kapal polis Sepanyol pada jam 7:15 pagi.
Wanita yang diselamatkan itu berusia 40 tahun dari Cameroon dan bernama Josepha. Proactiva berkata ia membawa beliau ke Sepanyol bagi melindunginya dan membolehkannya memberi keterangan mengenai apa yang sebenarnya terjadi secara bebas.
Itali sebelum ini menawarkan untuk mengambil wanita itu kecuali mayat.
Proactiva menuduh pengawal pantai Libya menyelamatkan kesemua pendatang yang berada di dalam bot itu kecuali kedua-dua wanita dan kanak-kanak tersebut, yang didakwa enggan menaiki kapal penyelamat dan pulang ke Libya.
NGO itu berkata, pengawal pantai tersebut meninggalkan mereka dan merosokkan bot yang dinaikki mereka.
Pengawal pantai Libya menafikan tuduhan Proactiva dan berkata mereka menyelamatkan 165 pendatang dari sebuah bot di kawasan yang sama pada malam Isnin, tanpa meninggalkan sesiapa pun di atas kapal.
Mereka turut merungut mengenai kekurangan anggota, terutamanya untuk operasi malam.
Proactiva akan mengadakan sidang akhbar di Palma pada Sabtu bersama bintang bola keranjang NBA Marc Gasol, yang turut mengambil bahagian dalam operasi menyelamat.– AFP, 21 Julai, 2018.
Komen