PENGARAH francais filem Guardians of Galaxy, James Gunn, dipecat daripada filem ketiga susulan siri twit yang menghina ditulis beberapa tahun lepas.
Twit itu yang ditulis sekitar 2008 hingga 2011 berjenaka tentang topik taboo seperti rogol dan pedofilia.
Disney yang memiliki franchais itu selaku syarikat penaung Marvel Studios menghantar kenyataan kepada AFP mengesahkan yang pihaknya berpisah daripada salah seorang pengarah utamanya.
“Sikap dan kenyataan menghina yang ditemui dalam susur masa Twitter James tidak dapat dibela dan tidak selari dengan nilai-nilai studio, dan kami sudah memutuskan hubungan perniagaan dengannya,” kata Alan Horn, pengerusi Walt Disney Studios.
Gunn menjadi pengkritik lantang Presiden Donald Trump dan menimbulkan kemarahan pihak konservatif yang bertindak mencari salahnya dengan menggali twit lamanya.
Gunn memadakam akaun Twitternya, menggambarkan dirinya adalah orang yang “sangat, sangat berbeza” ketika beliau menulis twit itu.
“Zaman saya berkata sesuatu hanya kerana ia mengejutkan dan cuba tarik perhatian sudah berakhir,” katanya.
Gunn mengarahkan kedua-dua filem Guardians of the Galaxy dan merancang mengetuai konvensyen peminat komik terbesar di Comic-Con di San Diego minggu ini dengan projek rahsia yang didedahkan di Instagram.
Filem Guardians of the Galaxy Vol.3 dijangka ditayangkan pada 2020. – AFP, 21 Julai, 2018.
Komen