Tentera Israel mati ditembak, gencatan senjata ditangguh


Pertempuran yang tercetus di sempadan Tebing Gaza dan Israel adalah yang terburuk sejak perang 2014. Gencatan senjata yang diumumkan awal hari ini ditangguh selepas seorang tentera Israel mati ditembak. – Gambar EPA, 21 Julai, 2018.

PENGUMUMAN gencatan senjata oleh Hamas ditangguhkan pada Sabtu selepas pertempuran di sempadan Palestin menyebabkan kematian seorang anggota tentera Israel yang mati ditembak.

Israel tidak mengesahkan gencatan senjata diumumkan Hamas yang berkuatkuasa tengah malam Jumaat.

Sejak itu tidak wujud laporan serangan udara Israel ke atas Tebing Gaza atau tembakan mortar dari Gaza ke arah Israel.

“Dengan kerjasama Mesir dan PBB, kami mencapai (perjanjian) untuk kembali kepada keamanan di antara penjajah (Israel) dan Palestin,” kata jurucakap Hamas Fawz Barhoum dalam satu kenyataan.

Beliau tidak memberikan butiran perjanjian gencatan senjata itu.

Tentera Israel dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu enggan mengesahkan gencagatan senjata dicapai.

Pada Jumaat, tiga anggota Hamas terbunuh dalam serangan udara ke atas Gaza. Rakyat Palestin keempat pula mati ditembak di sempadan.

PBB menggesa semua pihak berundur selepas berbulan ketegangan tercetus.

Tentera Israel yang mati ditembak di sempadan Gaza adalah korban pertama Israel sejak perang tercetus antara Hamas dan Israel pada 2014.

Gencatan senjata itu adalah yang kedua minggu ini.

Minggu lepas, pertempuran hebat berlaku antara Israel dan Palestin di Gaza sejak perang 2014. – AFP, 21 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen