KOREA Selatan kini menjalankan siasatan berhubung kes pembelot Korea Utara yang kini menjadi pelarian selebriti di Seoul, tetapi baru-baru ini muncul di kaca televisyen Pyongyang dan mendakwa kembali ke negara itu daripada “neraka” kapitalis Korea Selatan.
Lim Ji-Hyun, pembelot wanita berusia 20 tahun tiba di Seoul pada 2014 dan kemudiannya menjadi selebriti selepas membintangi beberapa rancangan televisyen Korea Selatan yang dibintangi pelarian daripada Utara.
Namun pada Ahad, Lim secara tiba-tiba muncul di rangkaian propaganda Korea Utara, menjelaskan bagaimana “fantasi” mengenai kekayaan Korea Selatan berkecai.
Dalam satu klip video yang dimuat naik laman web Korea Utara Uriminzokkiri, Lim berkata dia “kembali pulang” bulan lalu dan kini tinggal bersama keluarganya di barat bandar Anju.
Nmun tidak jelas sama ada Lim kembali secara sukarela atau sebaliknya kerana media Korea Selatan membuat spekulasi kemungkinan dia diculik di sempadan China dan Koreta Utara ketika cuba untuk kembali bersama keluarganya.
Sumber polis Seoul yang menjalankan siasatan di kediaman Lim dan akaun kewangannya di Seoul berkata terdapat sedikit petanda dia cuba meninggalkan negara ini dan berpindah ke sesuatu tempat.
“Pihak berkuasa terbabit kini menyiasat pembelot Korea Utara Lim Ji-Hyun,” kata jurucakap menteri penyatuan Seoul yang menguruskan hal ehwal Korea Utara. Agensi perisikan Seoul bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Dalam video terbabit, Lim memperkenalkan dirinya sebagai Chon Hae-Song, yang katanya adalah nama sebenarnya di Korea Utara.
Mengenakan pakaian sutera tradisi hanbok dan lencana merah berimej bekas pemimpin Korea Utara, Kim Il-Sung dan Kim Jong-Il, Lim sambil menangis menceritakan “penderitaannya” di negara jiran yang kapitalis di mana “wang adalah segala-galanya”.
“Saya ke Korea Selatan dengan membawa fantasi yang saya mampu hidup dan makan dengan baik di sana, namun Selatan tidak sebagaimana yang saya gambarkan,” katanya dan menambah dia mahu menjadi pelakon di Seoul.
“Setiap hari di Koera Selatan adalah umpama neraka. Setiap malam, saya menangis memikirkan tanah air dan ibu bapa di Korea Utara,” katanya.
Lim juga mendakwa stesen TV Korea memaksanya berbohong mengenai kehidupannya di Utara untuk menjadikannya lebih buruk daripada yang sebenar.
“Semua yang saya perkatakan di TV adalah berdasarkan skrip…untuk jadikan Korea Utara nampak kejam, degil dan bodoh,” katanya yang turut menggambarkan dirinya sebagai “sampah”.
Pengkhianat lain yang turut muncul di Korea Utara juga ditanayangkan di program sama, mendorong kepada spekulasi mereka diculik Pyongyang atau dipaksa dengan ancaman ke atas keluarga mereka.
Kebanyakan pengkhianat yang tiba di Korea Selatan mengupah broker untuk membawa keluar ahli keuarga mereka melalui smepadan China, dan ada di antara mereka ke sempadan China sendiri – yang merupakan satu tindakan bahaya kerana ia dipantau ejen Korea Utara.
Kore Utara memperketatkan kawalan sempadannya sejak pemerintahan negara tu diambil alih Kim Jong-Un pada 2011, sekaligus mengurangkan jumlah pembelot dan meningkatkan kos bayaran kepada broker. – AFP, 19 Julai, 2017.
Komen