BINTANG pop terkenal Taylor Swift akan membintangi adaptasi layar perak pementasan musikal terkenal, Cats, disamping Jennifer Hudson, kata laporan pada Jumaat.
Filem itu adalah projek terbaru pembikin filem Britain Tom Hooper yang sebelum ini mengadapatsi musikal Les Miserables ke layar perak dan menang beberapa Oscar menerusi filem The King’s Speech.
Cats ditulis oleh Andrew Llyod Webber dan menampilkan lagu klasik “Memory” mula dipentaskan di London pada 1981 dan pertama kali dipentaskan di Broadway bermula 1982 hingga 2000, pementasan keempat terpanjang di dunia.
Berdasarkan puisi T.S. Eliot, Cats mengisahkan kehidupan puak kucing- dalam bentuk manusia di pentas- dikenali sebagai Jellicles yang memutuskan siapa antara mereka yang akan mendapat kehidupan baharu.
Portal hiburan Variety berkata Hudson yang menang Oscar pada 2006 menerusi filem musikal Dreamgirls akan memainkan watak Griabella, bekas kucing terkenal yang mahu diterima puaknya.
Variety dan beberapa portal hiburan lain melaporkan yang Cats juga akan dibintangi Swift, James Corden dan Ian McKellen dalam watak yang belum diputuskan.
Syarikat filem, Universal tidak memberi maklum balas meminta komen laporan itu. Tidak ada tarikh tayangan diumumkan.
Swift berusia 28 tahun yang kini sedang melakukan konsert jelajahnya sehingga November adalah salah seorang penyanyi generasi terkini yang mencatat jualan album pecah rekod dan menang banyak anugerah musik.
Beliau pernah berlakon dalam filem Valentine’s Day (2010) dan The Giver (2014). – AFP, 21 Julai, 2018.
Komen