9 sekeluarga antara yang maut ‘bot itik’ karam di AS


Kejadian itu yang berlaku pada malam Khamis disaksikan ramai saksi, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka merakam video bot dua alam itu terumbang ambing di tasik bergelora di Tasik Table Rock berhampiran bandar Branson, kawasan tumpuan pelancong. – Gambar AFP, 21 Julai, 2018.

SEMBILAN orang daripada satu keluarga adalah antara 17 yang terbunuh apabila sebuah bot pelancong terbalik ketika ribut di tasik Missouri, AS, kata saudara mereka pada media AS pada Jumaat yang mendakwa mereka diberitahu jaket keselamatan tidak diperlukan.

Kejadian itu yang berlaku pada malam Khamis disaksikan ramai saksi, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka merakam video “bot dua alam” itu terumbang ambing di tasik bergelora di Tasik Table Rock berhampiran bandar Branson, kawasan tumpuan pelancong.

“Saya sangat sedih. Daripada 11 orang ahli keluarga hanya dua selamat, saya dan anak saudara saya,” kata Tia Coleman kepada Fox59 dari hospital.

“Saya kehilangan anak-anak saya. Saya hilang suami saya. Saya hilang ibu dan ayah mertua,” bersama saudara mara lain katanya kepada stesyen TV Indianapolis.

Coleman berkata kapten bot itu memberitahu penumpang bot yang mereka “tak perlukan” jaket keselamatan.

Akhbar The New York Times memetik kenyataan seorang lagi saudara mangsa, Carolyn Coleman yang berkata tiga genarasi keluarga Indianapolis termasuk empat kanak-kanak maut.

Mereka menyewa van dan pergi ke Branson untuk cuti tahunan, katanya kepada akhbar itu.

Polis berkata 31 orang berada di atas bot itu, yang dikenali sebagai “bot itik” kerana mampu bergerak di darat dan air.

Sebelum ini, aspek keselamatan “bot dua alam” itu banyak kali dipertikaikan.

Bot di dilihat bergelut untuk sampai ke tebing tasik kerana angin kencang sebelum terbalik dan karam.

Mangsa yang maut termasuklah bayi setahun dan paling tua berusia 70 tahun termasuk pemandu bot itu, menurut pejabat Sherif Daerah County. – AFP, 21 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen