PEMERINTAH Islam Gaza, Hamas dan Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata awal Sabtu, kata jurucakap pihak Palestin, selepas lima orang termasuk seorang askar Israel terbunuh pada Jumaat.
“Dengan usaha Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kami mencapai (perjanjian) untuk mengembalikan ketenangan antara pendudukan Israel dan puak Palestin,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan.
Ia adalah kesepakatan gencatan senjata yang kedua antara mereka dalam seminggu dan datang di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap perang baru.
Pada Jumaat seorang askar Israel ditembak mati oleh Palestin di sempadan, pembunuhan pertama askar di dalam dan sekitar Gaza sejak perang 2014 di antara Hamas dan negara Yahudi.
Tiga pejuang Hamas terbunuh apabila Israel membalas dengan serangan udara terhadap puluhan sasaran.
Seorang rakyat Palestin menjadi mangsa keempat terbunuh selepas ditembak ketika protes di sempadan Gaza-Israel.
Israel dan Hamas bertempur dalam tiga perang sejak 2008. – AFP, 21 Julai, 2018.
Komen