SERAMAI 230 peminat bola sepak warga Nigeria yang terkandas di Rusia selepas berakhirnya Piala Dunia FIFA 2018, dihantar pulang ke negara asal pada Jumaat, kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, Dr Tope Elias-Fatile.
Beliau berkata, kesemua yang terkandas itu telah menaiki penerbangan Ethiopia ke Abuja, selepas Presiden Muhmmadu Buhari mengarahkan kesemua mereka perlu dibantu untuk pulang ke negara asal secepat mungkin.
Proses penghantaran pulang itu akan dipantau Kementerian Luar dan Kedutaan Nigeria di Moscow, dengan kerjasama Kementerian Penerbangan.
“Pesawat akan berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow pada 8.30 pagi Jumaat, 20 Julai dan dijadual tiba di Abuja pada jam 4 petang pada hari sama,” katanya.
Mereka terkandas kerana kekurangan wang apabila sesetengah ejen perjalanan syarikat penerbangan membatalkan tiket balik tanpa pengetahuan.
“Ekoran itu, misi Nigeria di Moscow mengemukakan aduan rasmi mengenai syarikat penerbangan itu kepada pihak berkuasa,” katanya.– Bernama, 20 Julai, 2018.
Komen