Anak Suharto tanding pilihan raya Indonesia


Tommy Suharto, 56, akan bertanding kerusi Parlimen Papua, sebuah daerah yang diilhakkan arwah bapanya pada lewat 60-an hasil sokongan referendum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikatakan ramai pihak sebagai palsu.

ANAK bongsu diktator Indonesia Suharto, yang disabitkan bersalah kerana mengarahkan pembunuhan hakim mahkamah agung, akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihan raya Indonesia akan datang, kata parti politik yang diwakilinya pada Jumaat.   

Tommy Suharto, 56, akan bertanding kerusi Parlimen Papua, sebuah daerah yang diilhakkan arwah bapanya pada lewat 60-an hasil sokongan referendum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikatakan ramai pihak sebagai palsu.

Papua, yang terletak di bahagian barat pulau New Guinea, sejak sekian lama terjerumus dalam kancah pemberontakan yang bertujuan menuntut kemerdekaan dari Jakarta.

Anak Suharto itu akan bertanding pemilu (pemilihan umum) pada April mewakili Parti Berkarya, kata pegawai kanan parti, sambil menambah yang rakyat Papua sendiri meminta agar beliau bertanding di kawasan itu.

“Itu permintaan rakyat di situ,” kata Badaruddin Andi Picunang kepada AFP.

“Encik Suharto (ayah Tommy Suharto) membebaskan Papua. Encik Tommy sayang terhadap Papua dan beliau mahu mewakili penduduk di sana.”

Picunang menolak dakwaan bahawa terdapat sesetengah pihak di Papua yang tidak senang dengan Tommy Suharto dan tindakan arwah bapanya mengilhakkan kawasan itu.

“Akan ada pandangan yang positif dan negatif, tetapi kami hanya melihat yang positif,” katanya.

Tommy Suharto, yang dikenali ramai sebagai seorang kaki perempuan dan mempunyai kegilaan terhadap kereta mewah, menjalani hukum penjaran hanya selama empat tahun daripada 15 tahun hukuman asal.

Beliau dikenakan hukuman tersebut atas kesalah mengupah seorang pembunuh untuk membunuh hakim yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadapnya kerana terlibat dalam rasuah.– AFP, 20 Julai, 2018.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen