Hermes catat lonjakan jualan, didorong momentum Asia


Hermes menyaksikan lonjakan jualan sehingga 7.2% atau AS$1.7 bilion pada suku kedua tahun ini. – Gambar EPA, 20 Julai, 2018.

GERGASI barangan mewah dari Perancis, Hermes pada Jumaat mengumumkan pertumbuhan jualan kukuh dalam tiga bulan tahun ini sehingga Jun, didorong oleh “momentum positif” di Asia.

Dikenali ramai kerana beg Birkin yang dinamakan sempena penyanyi Britain, dan skaf warna terang, Hermes menyaksikan lonjakan jualan sehingga 7.2% atau AS$1.7 bilion pada suku kedua tahun ini.

Jualan berkembang 12% pada kadar pertukaran yang stabil “didorong oleh momentum berterusan di semua bidang perniagaan dan kawasan geografi,” kata Hermes dalam satu kenyataan.

“Asia…meneruskan prestasi cemerlang dengan momentum positif di China dan keseluruhan rantau,” tambahnya.

Angka itu mencerminkan prestasi cemerlang berbanding suku pertama tahun ini dan keseluruhan tahun kewangan 2017.

Penganalisi mengjangkakan jualan syarikat itu akan berkembang mencecah 1.44 bilion euro.

Tidak seperti jenama fesyen lain yang sedang terjejas teruk dalam situasi disifatkan penganalisis sebagai “kiamat peruncitan” ketika gergasi dalam talian berkembang pesat, Hermes menyakiskan pelanggan kedai fizikalnya berkembang kepada 11%.

Hermes akan mengeluarkan prestasi penuh setengah tahun 2018 pada September.

Menurut kenyataan pada Jumaat, jualan daripada Januari sehingga Jun meningkat kepada 11% pada kadar pertukaran terus, dan 5% pada kadar pertukaran semasa menjadikan jumlah kadar jualan mencecah 2.9 bilion euro. – AFP, 20 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen