Bunuh teman lelaki, ratu cantik Kenya dihukum mati


Ruth Kamande, yang memenangi pertandingan ratu cantik penjara semasa menunggu perbicaraan, membunuh teman lelakinya Farid Mohammed, 24, dan disabitkan bersalah pada Mei.– Gambar AFP, 20 Julai, 2018.

MAHKAMAH Kenya menjatuhkan hukuman mati ke atas ratu cantik berusia 24 tahun kerana membunuh teman lelakinya dengan menikam mangsa sebanyak 25 kali.

Ruth Kamande, yang memenangi pertandingan ratu cantik penjara semasa menunggu perbicaraan, membunuh teman lelakinya Farid Mohammed, 24, dan disabitkan bersalah pada Mei.

“Saya mahu orang muda tahu bahawa membunuh teman lelaki atau wanita hanya kerana berasa kecewa bukan perkara yang seharusnya dipandang hebat,” kata hakim Mahkamah Tinggi Jessie Lesiit ketika membacakan keputusan hukuman pada Khamis.

Hakim menuduh Kamande mempunyai tingkah laku manipulatif termasuk mengakses telefon bimbit mangsa serta tidak menunjukkan tanda-tanda bersalah dalam melakukan pembunuh tersebut.

“Saya fikir jika dikenakan hukuman lain selain yang dinyatakan (mati), ia akan menyebabkan tertuduh dianggap sebagai seorang hero,” kata Lesiit.– AFP, 20 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen