Malaysia boleh dapat semula RM14 bilion dari 1MDB ‘jika bertuah’


Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu Bloomberg bahawa sekitar RM50 bilion telah diselewengkan daripada 1MDB dan Putrajaya menyasarkan untuk mengembalikan 10% daripada jumlah tersebut 'jika kita bertuah'.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 20 Julai, 2018.

MALAYSIA mungkin mendapatkan semula sehingga RM14 bilion daripada 1MDB selepas siasatan dilancarkan ke atas syarikat tersebut, lapor Bloomberg.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu portal berita itu bahawa sekitar RM50 bilion telah diselewengkan daripada 1MDB dan Putrajaya menyasarkan untuk mengembalikan 10% daripada jumlah tersebut “jika kita bertuah”.

“Kita tak dapat kesan ke mana wang itu dan apa yang mereka beli.

“Apa yang kita boleh kesan pula terdapat persoalan tentang pemilikan kerana proses perundangan dan perbezaan bidang kuasa negara yang terlibat,” katanya.

Tambah Lim, beliau menjangkakan lebih banyak skandal “berbilion dolar” akan didedahkan semasa pentadbirannya sebagai menteri kewangan.

“Kita akan jelaskan dan mengkaji semula serta mendedahkan kesemuanya dalam tempoh 100 hari, supaya kita boleh selesaikan hal ini.

“Kita tidak hanya mahu memerintah dengan sekadar mendedahkan skandal. Tidak. Kita mahu bergerak ke depan selepas itu,” katanya.– 20 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen