Keuntungan Microsoft meningkat dengan pertumbuhan pengkomputeran awan


Microsoft menyaksikan keuntungan hasilnya merangkumi pelbagai bidang termasuk perkkhidmatan perniagaan, permainan, iklan carian Internet, perisian pengguna termasuk Windows dan Office serta Linkedln. – Gambar EPA, 20 Julai, 2018.

MICROSOFT pada Khamis berkata pendapatan dan keuntungannya meningkat pada suku yang baru berakhir, hasil daripada perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence).

Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan bahawa pendapatan bersihnya naik 10 peratus kepada AS$8.8 bilion pada hasil yang naik 17 peratus kepada AS$30.1 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas.

Microsoft menyaksikan keuntungan hasilnya merangkumi pelbagai bidang termasuk perkkhidmatan perniagaan, permainan, iklan carian Internet, perisian pengguna termasuk Windows dan Office serta Linkedln.

Para eksekutif Microsoft memberitahu penganalisis, dengan peningkatan permintaan terhadap pengkomputeran dan kedudukannya yang baik dalam pasaran, mereka menjangkakan pertumbuhan untuk tahun berikutnya.

“Kami melabur dengan agresif untuk membina Azure sebagai komputer dunia,” kata seorang eksekutif, merujuk kepada platform pengkomputeran awan Microsoft yang menjadi saingan perkhidmatan yang dijalankan oleh Amazon dan Google.

Walaupun terus melabur dalam trend yang berdaya maju dari pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan berbanding permainan, Microsoft menjangkakan peningkatan dalam margin keuntungannya.  – AFP, 20 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen