Nungsari pengerusi baharu Mavcom


Low Han Shaun

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyerahkan surat lantikan kepada Pengerusi Mavcom Dr Nungsari Ahmad Radhi yang dilantik hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 20 Julai, 2018.

DR Nungsari Ahmad Radhi dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), menggantikan Abdullah Ahmad. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Saya ingin mengumumkan bahawa perdana menteri telah bersetuju Dr Nungsari dilantik sebagai pengerusi Mavcom yang baharu,” kata Loke pada sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan hari ini yang turut dihadiri Nungsari.

Pelantikan itu dibuat susulan industri penerbangan melahirkan rasa tidak puas hati dengan suruhanjaya berkenaan, di mana terdapat juga beberapa pihak yang mahu ia dimansuhkan.

Pada sidang akhbar itu juga Loke mengumunkan gaji Nungsari akan dihadkan kepada RM15,000 sebulan.

Langkah memperkemas gaji pengerusi Mavcom diambil berikutan pendedahan bahawa Abdullah menerima gaji sebanyak RM85,000 sebulan, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai. 

Ini mendorong kerajaan Pakatan Harapan mengkaji semula gaji kesemua pengerusi badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan. β€“ 20 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen