Liverpool pecah rekod beli penjaga gol Alisson €72.5 juta


Penjaga gol pasukan Brazil dan Roma ini menjadi pilihan utama Liverpool bagi menggantikan Loris Karius. – Gambar AFP, 20 Julai, 2018.

LIVERPOOL pada Khamis menandatangani perjanjian yang memecahkan rekod dunia apabila berjaya mendapatkan penjaga gawang Brazil, Alisson dari pasukan Roma dengan nilai €72.5 juta.

“Pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak jangka panjang dengan The Reds selepas menjalani formaliti perubatan dan penyempurnaan pertukaran di Melwood hari ini,” kata laman web Liverpool itu.

Roma mengesahkan nilai perpindahan bagi Alisson yang turut bermain pada Piala Dunia di Rusia.

“ASRoma mengesahkan Alisson Becker menyempurnakan langkahnya ke Liverpool, dalam perjanjian yang mungkin mencecah sehingga €72.5 juta,” kata kelab Serie A itu di Twitter.

Alisson adalah pilihan utama bagi Jurgen Klopp yang terdesak mempunyai penjaga gol baru untuk menggantikan Loris Karius berikutan prestasinya pada final Juara Liga menentang Real Madrid.

Chelsea juga dikaitkan dengan Alisson yang memulakan kerjayanya dengan Internacional sebelum berpindah ke Roma dua tahun lalu.

“Saya sangat gembira, ini adalah impian menjadi kenyataan untuk memakai baju berprestij kelab sebesar ini yang selalu menang,” kata Alisson kepada liverpoolfc.com.

“Bagi kehidupan saya dan kerjaya, ia merupakan satu langkah besar bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada kelab dan keluarga ini. Anda boleh menyakini yang saya akan berusaha sepenuhnya”. – AFP, 20 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen