12.9 juta bayi tidak divaksin tahun lepas, kata PBB


12.9 juta bayi dan kanak-kanak tidak divaksin tahun lepas, mendedahkan mereka kepada bahaya tiga penyakit paling ditakuti berlaku dalam kalangan kanak-kanak. – Gambar AFP, 18 Julai, 2017.

SERAMAI 12.9 juta bayi tidak divaksin tahun lepas, kata Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) dalam laporan bersama agensi kanak-kanak PBB, Unicef.

Angka itu bersamaan dengan seorang daripada 10 orang bayi tidak divaksin pada 2016, yang bermaksud mereka kehilangan peluang perlindungan terhadap tiga penyakit merbahaya, tambah agensi itu.

Disebabkan kegagalan itu, bayi terlibat terlepas tiga dos vaksininasi berganda (DTP) untuk menentang difteria, kancing gigi dan batuk kokot.

6.6 juta lagi yang menerima dos pertama vaksin DTP tidak menyempurnakan program imunisasi tahun lepas.

Sejak 1980, agensi kesihatan PBB mula mengesan peratusan bayi seluruh dunia yang diberikan vaksinisasi DTP.

“Sejak 2010, peratusan kanak-kanak yang menerima imunisasi rutin lengkap berada pada kadar 86 peratus,” kata WHO dalam kenyataan itu.

Angka itu tidak mencapai sasaran agensi itu yang meletakkan kadar sasaran pada 90 peratus.

Hanya 130 daripada 194 ahli WHO mencapai sasaran 90 peratus vaksinisasi. Kebanyakkan negara yang tidak mencapai sasaran ialah negara yang sedang bergolak.

WHO menganggarkan vaksinisasi menghalang dua sehingga tiga juta kematian bayi dan kanak-kanak akibat tiga penyakit merbahaya itu. – AFP, 18 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen