LIMA terbunuh apabila sebuah apartmen runtuh di selatan Pakistan awal hari ini ketika kebanyakkan penghuninya sedang tidur, kata pegawai.
Pasukan penyelamat bergelut untuk mencari mangsa yang masih terselamat dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di selatan bandar Karachi itu.
“Lima mayat ditemui dalam runtuhan,” kata Timbalan Pesuruhjaya Bandar Fareed Uddin kepada AFP.
Sembilan lagi mangsa yang cedera turut dikeluarkan daripada runtuhan.
Karachi yang berkembang besar sejak dekad lepas kini menjadi tempat tinggal kepada 20 juta orang. Jumlah bangunan yang dibina tanpa mengambil kira faktor keselamatan meningkat bagi memenuhi pertambahan penduduk.
Pada 2015, sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh apabila sebuah kilang runtuh di timur Lahore, kelemahan struktur bangunan juga menjadi punca kejadian itu. – AFP, 18 Julai, 2017.
Komen