Pesara Venezuela tuntut bayaran pencen secara tunai


Selepas terpaksa berbaris dan menunggu lama, ratusan pesara di Venezuela mengadakan bantahan di luar bank di Caracas dan bandar-bandar lain pada Rabu bagi menuntut pembayaran penuh pencen secara tunai.– Gambar AFP, 19 Julai, 2018.

SELEPAS terpaksa berbaris dan menunggu lama, ratusan pesara di Venezuela mengadakan bantahan di luar bank di Caracas dan bandar-bandar lain pada Rabu bagi menuntut pembayaran penuh pencen secara tunai.

Kekecohan berlaku apabila pesara yang cuba menunaikan cek pencen mereka hanya dapat sebahagian daripada nilai cek, kerana bank kekurangan aliran tunai dan meminta pesara mengeluarkan menggunakan kad debit.

“Jika membuat pengeluaran dengan kad debit pesara akan dikenakan caj dua kali ganda,” katanya.

Venezuela, negara yang mempunyai rizab minyak terbesar di dunia, menghadapi krisis ekonomi yang mencetuskan hiperinflasi, masalah bekalan uabat-ubatan, makanan serta kekurangan mata wang.

Kekurangan aliran tunai melanda Venezuela pada akhir 2016, berikutan keputusan Presiden Nicolas Maduro menarik balik penggunaan mata wang 100 bolivar - bernilai kira-kira $0.02 - yang dibatalkan tiga hari kemudian.

Hari ini, pengurup mata wang dikenakan sehingga 250 peratus komisen di atas jumlah yang ditukar melalui pemindahan elektronik.

Beberapa hari lalu, pesara telah mengadakan bantahan bagi menuntut kenaikan pencen kerana tidak cukup untuk menampung keperluan asas mereka.– Bernama, 19 Julai, 2018.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen