PRESIDEN Turki Recap Tayyip Erdogan akan melawat Qatar dan Arab Saudi yang sedang bergelut dengan krisis diplomatik bulan ini, umum pejabatnya hari ini.
Erdogan juga akan melawat Kuwait, orang tengah utama dalam krisis Watar itu semasa lawatan rasminya yang dijadualkan berlangsung pada 23-24 Julai.
Turki ialah sekutu utama Qatar yang berdepan pemutusan ikatan diplomatik dan ekonomi dilakukan negara jirannya kerana didakwa menyokong keganasan.
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain memutuskan semua ikatan diplomatik dengan Qatar bulan lepas dan mengeluarkan 13 tuntutan bagi membolehkan sekatan itu dibatalkan, termasuk penutupan pangkalan tentera Turki di Qatar.
Krisis itu meletakkan Turki dalam kedudukan terancam kerana Qatar ialah sekutu utamanya di rantau Teluk tetapi pada masa yang sama Ankara tidak mahu mengiktiraf pengaruh Arab Saudi di rantau itu. – AFP, 18 Julai, 2017.
Komen