Mahkamah tolak rayuan Zahid untuk haramkan kumpulan Sarawak


Desmond Davidson

Presiden Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak Lina Soo bersama peguam Dominique Ng (kanan), and peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan selepas keputusan mahkamah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 19 Julai, 2018.

MAHKAMAH Persekutuan menolak rayuan Ahmad Zahid Hamidi, Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan kerajaan persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan agar tidak melarang organisasi Sarawak yang dianggap mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan memberitahu sidang lima hakim yang terdiri daripada Hakim Zainun Ali, Ramly Ali, Balia Yusof Wahi, Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Rohana Yusuf, yang beliau diarahkan untuk menarik balik rayuan itu.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight kerajaan persekutuan memerintahkan penarikan itu kerana ia “tidak konsisten dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan baru mengenai kebebasan berucap dan bersuara”.

“Ia tidak konsisten dengan janji dibuat dalam manifesto pilihan raya.”

Bekas menteri dalam Negeri, Zahid, pada 14 November 2014, mengisytiharkan Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa), yang memperjuangkan hak negeri yang hilang dan terkikis di bawah Perjanjian Malaysia 1963, menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966, kerana didakwa “menjalankan aktiviti memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam”.

Presiden Sapa Lina Soo dan dua pegawai lain, Hugh Lawrence Zehnder dan Tambi Pilang, merayu terhadap larangan itu di Mahkamah Tinggi Kuching.

Pada 30 Oktober 2015, mahkamah membatalkan larangan itu, dengan Hakim Rhodzariah Bujang memutuskan ia “tidak masuk akal, tidak sah, tidak berperlembagaan dan tak berasas”. – 19 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen