Daim ke China untuk runding semula projek dan pinjaman, kata PM


Yasmin Ramlan

Perdana Menteri China Li Keqiang melihat surat daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika pertemuan dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin di Beijing semalam. – Gambar AFP, 19 Julai, 2018.

PEMERGIAN Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Daim Zainuddin ke China adalah untuk melakukan rundingan semula mengenai pinjaman dan kontrak yang diberi kepada beberapa syarikat dari republik itu, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir menjelaskan, ini kerana ada daripadanya tidak diperlukan oleh negara.

“Apa yang beliau cuba lakukan adalah untuk berunding mengenai pinjaman dan kontrak yang diberi kepada syarikat-syarikat dari China

“Kerana (kewangan) yang mengekang. Sebahagian daripada wang tersebut kita dapati tidak begitu diperlukan.

“Apa yang perlu kita lakukan dengan wang yang tidak diperlukan itu?” soalnya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. – 19 Julai, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen