PERINTAH darurat di Turki yang dikenakan selepas cubaan rampasan kuasa pada 2016 berakhir pada Khamis, tetapi pihak pembangkan bimbang ia akan digantikan dengan langkah perundangan yang lebih menindas.
Presiden Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat pada 20 Julai 2016, lima hari selepas pesawat perang mengebom Ankara dan pertempuran berdarah di Istanbul dalam cubaan rampasan kuasa yang mengorbankan 249 nyawa.
Langkah itu, yang biasanya berlangsung selama tiga bulan tetapi dilanjutkan sebanyak tujuh kali, berakhir pada pukul 1 pagi pada Khamis (2200 GMT Rabu), menurut agensi berita Anadolu yang diketuai kerajaan, setelah pihak pemerintah memutuskan untuk tidak memanjangkannya untuk kali kelapan.
Keadaan darurat itu menyaksikan penahanan kira-kira 80,000 orang dan kira-kira dua kali ganda daripada jumlah itu dipecat daripada pekerjaan di institusi awam.
Penyingkiran terbesar sejarah moden Turki itu menyasarkan bukan hanya penyokong Fethullah Gulen, pendakwah berpangkalan di Amerika yang didakwa bertanggungjawab bagi cubaan rampasan kuasa, tetapi juga aktivis Kurdish dan golongan berhaluan kiri. – AFP, 19 Julai, 2018.
Komen