RUSIA terkeluar daripada senarai pemegang terbesar hutang asing kerajaan Amerika Syarikat (AS), menurut data Jabatan Perbendaharaan yang dikeluarkan minggu ini.
Pada Mei, Rusia memegang nota perbendaharaan bernilai AS$14.9 bilion dan tidak termasuk di kalangan 33 negara teratas, menurut data itu.
Ia jauh di bawah AS$48.7 bilion yang dipegang oleh Rusia pada April, yang menjadikan negara itu sebagai pemegang nota perbendaharaan AS ke-22 terbesar.
Pada April, Moscow memegang AS$96 bilion hutang AS, meletakkan ia pada kedudukan ke-16 dalam senarai.
“Pasaran Perbendaharaan adalah paling dalam dan cair di dunia, dan permintaan masih kukuh,” kata seorang jurucakap Perbendaharaan.
“Kami tidak memberi komen mengenai pelabur atau pelaburan perseorangan.”
Di antara 33 negara teratas, China dan Jepun setakat ini mendahului dengan lebih AS$1 trilion menurut data, yang dikeluarkan pada Selasa. – AFP, 19 Julai, 2018.
Komen