Polis Thailand rampas 559kg ganja dalam trak yang ditinggalkan


POLIS Thai merampas 559kg ganja bernilai berbilion Baht dari sebuah trak pikap yang ditinggalkan di wilayah Nakhon Ratchasima, di bahagian timur laut Thailand hari ini.

Ketua polis wilayah Bahagian Tiga Lt Jen Dumrongsak Kittiprapat berkata, trak itu ditinggalkan di tepi jalan oleh pemandu dan penumpang yang dipercayai melarikan diri.

“Mereka meninggalkan kenderaan dan melarikan diri bila nampak pusat pemeriksaan polis di hadapan,” katanya hari ini.

Kenderaan itu ditemukan di jalan bersebelahan kebun ubi kayu di Tambon Tachang di daerah  Chalermprakiet wilayah itu. 

Dadah itu diletakkan di tempat duduk depan dan belakang trak serta kompartmen barang di bahagian belakang.

Polis sedang menyiasat untuk mengenal pasti pemandu dan penumpang kenderaan itu. – Bernama, 18 Julai, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen