POLIS persekutuan Brazil kini dalam usaha untuk menahan kira-kira 64 individu, yang mempunyai kaitan dengan siasatan berhubung kecurian kargo, kata polis dalam satu kenyataan.
Operasi yang dinamakan “Transbordo” itu bertujuan mengesan mereka yang terbabit dengan sindiket mencuri kargo, melibatkan pemandu trak di enam negeri di Brazil, dari timur laut Ceará ke kawasan pendalaman di tenggara Sao Paulo.
Polis turut melaksanakan 106 waran tangkap dan menganggarkan kerugian akibat sindiket itu mencecah 8.6 juta reais.
Polis berkata, sebahagaian daripada modus operandi mereka ialah, pemandu akan memalsukan serangan bagi membolehkan rakan subahat mempunyai memberi masa untuk menyahaktifkan sistem keselamatan trak, dan membuat aduan palsu kepada pihak berkuasa.
Saiz dan kecanggihan operasi sindiket itu sekaligus memberikan gambaran peningkatan kejayaan jenayah kecurian kargo di Brazil.
Lebih 22,000 rompakan direkodkan hanya di dua negeri sahaja - Sao Paulo dan Rio de Janeiro - pada 2017.
Peruncit utama yang beroperasi di Brazil dari Cencosud SA Chile ke Via Varejo SA, terpaksa melabur jumlah yang besar untuk memastikan barangan yang disimpan tidak dicuri ketika dalam perjalanan untuk dipasarkan. – Bernama, 18 Julai, 2018.
Komen