Gempa 7.7 magnitud landa Rusia


Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda pantai timur Rusia pada jam 11.34 malam (waktu tempatan). – Gambar EPA, 18 Julai, 2017.

GEMPA bumi berukuran 7.7 magnitud melanda pantai timur Rusia menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami di beberapa bahagian perairan Pasifik.

Pusat Amaran Tsunami berkata gelombang diramalkan pada ketinggian 0.3 meter di atas paras air pasang di sepanjang perairan Rusia hingga ke Hawaii.

Pusat Kajian Gegaran Geologi Amerika Syarikat melaporkan gegaran pada 11.34 malam (waktu tempatan) itu berlaku pada jarak 199km ke timur tenggara Nikol’skyoe, Rusia dengan kedalaman 11.7km. – AFP


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen