Berebut tanah, 13 maut di Mexico


SERAMAI 13 maut dan seorang lagi dilaporkan hilang selepas pertikaian antara dua kumpulan menuntut hak ke atas sebidang tanah di Oaxaca, selatan Mexico, bertukar ganas.

Pendakwa raya dalam satu kenyataan berkata, konflik sehingga terjadinya kematian itu berlaku di daerah Yautepec kelmarin, ketika ahli sebuah persatuan kumpulan tanah kaum diserang kumpulan berjiran selepas masuk ke dalam zon pertikaian.

Pihak berkuasa tempatan berkata dua yang terbunuh termasuk wanita dan seorang lagi cedera.

Puluhan anggota polis dikerah ke kawasan terbabit selepas insiden itu.

Oaxaca adalah antara negeri termiskin di Mexico, menempatkan pelbagai masyarakat peribumi yang bertelingkah tentang hak pemilikan tanah.

Dua kumpulan yang terbabit dalam keganasan kelmarin bertelingkah sejak 1970-an. – AFP, 18 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen