Helikopter tentera terhempas di Korea Selatan, 5 maut


Helikopter itu sedang menjalankan penerbangan ujian selepas dibaik pulih apabila ia terjunam dari ketinggian kira-kira 10 meter pada pukul 4.46 petang waktu tempatan dan terbakar, kata beberapa pegawai Kor Marin. – Gambar AFP, 17 Julai, 2018.

SEBUAH helikopter Kor Marin terhempas di sebuah lapangan terbang tentera di tenggara bandar Pohang pada Selasa, menyebabkan lima daripada enam orang yang menaiki helikopter itu maut dan mencederakan satu-satunya mangsa yang terselamat, lapor agensi berita Yonhap.

Helikopter itu sedang menjalankan penerbangan ujian selepas dibaik pulih apabila ia terjunam dari ketinggian kira-kira 10 meter pada pukul 4.46 petang waktu tempatan dan terbakar, kata beberapa pegawai Kor Marin.

Semua mangsa yang berada dalam helikopter malang itu adalah anggota tentera. 

Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital.

Tentera akan membentuk satu jawatankuasa siasatan bagi menentukan punca nahas. – Bernama, 17 Julai, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen