India kenakan duti import 25% untuk sel solar Malaysia, China


Directorate General of Trade Remedies (DGTR), sebahagian daripada Kementerian Perdagangan India, mencadangkan duti itu dikenakan bagi tempoh dua tahun bertujuan melindungi pengeluar domestik. – Gambar AFP, 17 Julai, 2018.

INDIA akan mengenakan duti 25% ke atas import sel dan modul solar dari Malaysia dan China, langkah yang dianggap kerajaan bertujuan melindungi pengeluar domestik.

Directorate General of Trade Remedies (DGTR), sebahagian daripada Kementerian Perdagangan India, mencadangkan duti itu dikenakan bagi tempoh dua tahun. 

“Permintaan yang dibuat oleh industri domestik untuk mengenakan cukai perlindungan telah dikaji dan, didapati terdapat keadaan kritikal yang mewajarkan duti perlindungan dikenakan bagi memberi kelegaaan sementara kepada industri tempatan yang berdepan kesukaran yang sukar dipulihkan,” kata jabatan itu dalam satu laporan. 

Cukai import baharu yang akan dikenakan itu dijangka meningkatkan kos mengeluarkan tenaga solar di India yang disasarkan mencapai kapasiti 100 gigawatt kuasa solar menjelang 2022.

Import yang lebih murah telah merancakkan projek solar di negara ini, tetapi pengeluar tempatan mengadu yang mereka berdepan kerugian dan tidak boleh melabur untuk meningkatkan pengeluaran meskipun peningkatan permintaan terhadap sel dan modul solar. 

Menurut laporan DGTR itu, bahagian pasaran industri domestik turun daripada lapan peratus kepada tiga peratus dalam tempoh beberapa tahun lepas. 

Duti 25% itu akan dikenakan dalam tahun pertama, 20% bagi tempoh enam bulan seterusnya dan 15% bagi baki enam bulan lagi.  – Bernama, 17 Julai, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen