SERANGAN udara pada Selasa menyebabkan tujuh orang awam terbunuh di barat daya wilayah Syria bersempadan Golan Height yang diduduki Israel, menurut pemerhati.
Rejim Damsyik meningkatkan serangan ke atas Quneitra sejak Ahad lalu dalam usahanya untuk menawan semula barat daya wilayah berkenaan daripada pemberontak, selepas mendapat semula kebanyakan kawasan di Daraa dalam tempoh kurang daripada sebulan.
“Enam orang awam termasuk dua wanita dan tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara berhampiran Ain al-Tina di sempadan Qunetra dengan wilayah Daraa, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
Bagaimanapun tidak jelas sama ada serangan udara berkenaan dijalankan oleh rejim atau sekutunya Rusia, menurut pemerhati yang berangkalan di Britain itu.
Kumpulan pemerhati terbabit menentukan siapa yang melancarkan serangan berdasarkan pesawat dan peluru yang digunakan, lokasi serta corak penerbangan.
Di barat wilayah Daraa, serangan udara Rusia menyebabkan seorang orang awam terbunuh berhamoiran perkampungan Al-Aliya, katanya.
“Sejak pagi Selasa, serangan udara Rusia dan rangkaian bom digugurkan oleh rejim menyasarkan kawasan di Quneitra dan Daraa, kata ketua kumpulan pemerhati berkenaan Rami Abdel Rahman.
Hayat Tahrir al-Sham, merupakan kumpulan yang diketuai oleh bekas sekutu Al-Qaeda, berada di kawasan berkenaan, katanya. – AFP, 17 Julai, 2018.
Komen