TUNTUTAN Petronas bulan lalu untuk mendapatkan deklarasi syarikat minyak negara itu mempunyai hak terhadap sumber minyak dan gas di seluruh negara jelas merupakan pelanggaran hak Sarawak sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri Kewangan Kedua Sarawak Wong Soon Koh.
Wong berkata beliau berharap Petronas akan mempertimbangkan untuk menarik balik tuntutan itu atas dasar ia mencabar supremasi perjanjian itu dan juga pembentukan Malaysia.
Petronas mencabar Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak, atas dasar Akta Pembangunan Petroleum 1974 (APP) memberi hak kepada syarikat itu untuk meneroka dan mengeksploitasi sumber minyak dan gas di seluruh negara, termasuk di Sarawak.
Ordinan itu menuntut Petronas, sebagaimana semua syarikat yang terbabit dengan prospek dan perlombongan di negeri itu untuk mendapatkan lesen sebelum berbuat demikian.
Wong berkata kepada sidang dewan bahawa APP hanya statut Malaysia “yang tidak boleh menggantikan MA63” yang tidak boleh dipinda kecuali dengan persetujuan bersama semua penandatangan.
PDA katanya, juga diluluskan tanpa persetujuan rakyat Sarawak.
Wong berkata, memohon mahkamah untuk mengulangi APP tanpa mengiktiraf supremasi Perjanjian Malaysia adalah seperti “daun di atas pokok, tidak mengakui bahawa tanpa akar, tidak akan ada pokok dan daun”.
“Daun diibaratkan seperti APP, ia tidak signifikan. Akar memberi kehidupan kepada pokok sama seperti Perjanjian Malaysia memberi kehidupan kepada Malaysia,” katanya.
“Malah mereka yang tidak mengiktiraf supremasi Perjanjian Malaysia, yang menimbulkan persoalan tentang pembentukan Malaysia.”
Wong berkata tuntuta Petronas itu juga jelas bertentangan dengan manifesti Pakatan Harapan yang berjanji untuk mengembalikan hak Sarawak di bawah MA63.
Petronas “sendiri yang memainkan peranan memfailkan saman tersebut tanpa pengetahuan atau kelulusan perdana menteri,” dakwanya dan mendesak Putrajaya untuk “menghentikan langkah-langkah selanjutnya yang mungkin diambil oleh Petronas selepas saman awalnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan”.
“Kami menggesa perdana menteri untuk mengikut dan memenuhi manifesto Pakatan Harapan untuk menegakkan dan mengembalikan hak Perjanjian Malaysia 1963,” kata Wong. – 17 Julai, 2018
Komen