MUJAHID Yusof Rawa berkata golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak sepatutnya didiskriminasikan di tempat kerja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu berkata demikian ketika ditanya sama ada seseorang yang terbabit dalam isu LGBT boleh bekerja dalam kerajaan atau tidak.
“Itu bukan isunya. Isunya ialah mana-mana rakyat Malaysia adalah bebas dan tidak boleh didiskriminasikan di tempat kerja,” katanya yang juga ahli Parlimen Parit Buntar kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Soalan itu berkaitan Numan Afifi, pegawai kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman, seorang aktivis LGBT yang dipaksa meletak jawatan sebagai pegawai media.
Numan ialah penganjur majlis buka puasa untuk LGBT, Pride Day tahun lalu. – 17 Julai, 2018.
Komen