Putin bidas tuduhan terlibat insiden Novichok


PRESIDEN Vladimir Putin mendakwa Britain hari ini membuat tuduhan tidak berasas bahawa Rusia menjadi sumber agen saraf yang membunuh seorang dan tiga yang lain dimasukkan ke hospital, termasuk bekas perisik negara itu.

Ditanya dalam satu wawancara Fox News mengenai tuduhan Moscow dalang di belakang serangan Novichok terhadap perisik, Putin berkata London tidak memberikan sebarang bukti mengenai kes itu.

“Kami ingin mendapatkan bukti dokumentari tetapi tiada yang memberikannya kepada kami,” kata Putin, bercakap melalui penterjemah.

Putin berkata kes itu mungkin didorong oleh isu-isu domestik di Britain, mengatakan “Tiada siapa mahu menyiasat mengenai perkara ini.”

“Kami hanya melihat tuduhan tidak berasas - mengapa ia dilakukan begini? Kenapa hubungan kita menjadi lebih buruk disebabkan hal ini?” – AFP, 17 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen