9 tentera pro rejim Syria terkorban


Sekurang-kurangnya sembilan tentera pro rejim maut dalam serangan di utara Syria dan Israel dituduh bertanggungjawab terhadap serangan itu, kata pemantau hari ini.– Gambar AFP, 16 Julai, 2018.

SEKURANG-kurangnya sembilan tentera pro rejim maut dalam serangan di utara Syria dan Israel dituduh bertanggungjawab terhadap serangan itu, kata pemantau hari ini.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain berkata, mereka yang terbunuh ialah enam penduduk Syria dan tentera Iran yang berkhidmat di pangkalan itu.

Agensi berita tempatan, SANA semalam, melaporkan satu serangan peluru berpandu berhampiran pangkalan udara strategik, namun tiada laporan kemalangan jiwa.

“Musuh Zionis… menyasar peluru berpandu mereka ke salah sebuah kem tentera kami di utara lapangan terbang tentera Neirab,” katanya yang memetik sumber tentera.

Setakat ini, tiada komen serta merta daripada tentera Israel, yang jarang sekali mengesahkan serangan terhadap sasaran di Syria.– AFP, 16 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen