PENGEBOM berani mati menyerang kenderaan yang membawa pasukan separa tentera Frontier Corps (FC) di Pakistan Isnin menyebabkan dua maut manakala enam lagi cedera, kata polis dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh Taliban.
Serangan terbabit berlaku di kawasan Hayatabad, Peshawar iaitu tengah wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Ia berlaku sehari selepas pasukan tentera Pakistan mengakui melancarkan satu kawasan operasi baharu di kawasan lembah strategik penting di wilayah itu, sebagai sebahagian daripada operasi yang akan bermula November depan.
“Pengebom berani mati menyerang kenderaan FC menyebabkan dua terbunuh dan enam orang lagi cedera termasuk tentera FC dan empat orang awam,” kata pegawai kanan polis Imran Malik kepada AFP.
Dua yang terbunuh dalam serangan itu merupakan ahli FC, sebahagian daripada tentera Pakistan yang mahir dalam operasi di sepanjang sempadan Afghanistan.
Seroang lagi pegawai kanan polis Sajjad Khan mengesahkan serangan dan jumlah kematian itu di mana Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) mengaku bertanggungjawab dalam satu kenyataan.
Peshawar mengalami pergolakan sejak bertahun lalu, merupakan kawasan Pakistan paling merbahaya yang pernah mengorbankan lebih 150 orang dalam serangan pada 2014 di sebuah sekolah yang dikawal tentera. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak.
Kekejaman di seluruh Pakistan menurun sejak beberapa tahun lalu berikutan beberapa siri serangan pasukan tentera ke atas pemberontak di sepanjang timur laut sempadan negara itu.
Namun, pasukan pemberontak masih lagi meneruskan serangan di beberapa kawasan timur laut. – AFP 17 Julai, 2017.
Komen