SEKURANG-KURANGNYA sembilan pejuang pro-rejim maut dalam serangan semalaman di Syria utara yang dilakukan Israel, kata badan pemerhati pada Isnin.
Media Syria menuduh Israel mengebom kedudukan tentera di wilayah Aleppo pada Ahad lalu, yang merupakan serangan jarang berlaku di utara negara yang dilanda perang.
Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, badan berpangkalan di Britain, berkata Isnin bahawa mereka yang terbunuh termasuk sekurang-kurangnya enam warga Syria dan para pejuang Iran yang ditempatkan di pangkalan itu. – AFP, 16 Julai, 2018.
Komen