Pembangkang keluar Dewan, tak setuju pelantikan speaker


Yasmin Ramlan

Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat kerana membantak pelantikan spekar yang dikatakan sepatutnya diumumkan 14 hari sebelum sidang bermula. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 16 Julai, 2018.

AHLI Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan hari ini sebagai membantah pelantikan Yang Dipertua Mohammad Ariff Md Yusof yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Menurut wakil rakyat berkenaan, pelantikan tersebut sepatutnya diumumkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh 14 hari sebelum sesi Dewan Rakyat bermula.

Tindakan keluar Dewan itu dikepalai Takiyuddin Hassan (PAS – Kota Bharu) diikuti wakil pembangkang lain, selepas kekecohan kira-kira lima minit susulan bantahan itu.

Kesemua wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan, kecuali Khairy Jamaluddin (BN – Rembau).

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang turut meninggalkan Dewan, seterusnya mengadakan sidang media di bangunan Parlimen.

Mereka meninggalkan Dewan tanpa menghiraukan Dr Mahathir yang sedang meneruskan ucapan pelantikan Ariff sebagai yang dipertua Dewan.

Menurut kerajaan pelantikan Ariff tidak dibuka untuk pengundian memandangkan beliau merupakan calon tunggal bagi jawatan tersebut. – 16 Julai, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Sebagai MP yang professional, tindakan keluar Dewan sebagai bantahan terhadap pelantikan Speaker tidak wajar dilakukan. Sepatutnya MP pembangkang membuat bantahan secara tertib dan mengikut prosedur yg sepatutnya.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amri Yahya · Ulasan

    • Tindakan keluar Dewan ini tdk sepatutnya berlaku kerana ia akan menjejaskan imej negara. Sudah tentu, kerajaan mempunyai alasan munasabah disebalik pelantikan speaker Dewan yang baharu.

      Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amri Yahya · Ulasan